PUASA
Soalan:
Ahli Majlis Fatwa tetap Arab Saudi telah di tanya, bolehkah kita berpuasa tanpa menunaikan solat?
Jawapan:
Tiada amalan baik diterima daripada seseorang yang tidak melakukan solat, tidak membayar zakat, tidak berpuasa, tidak menunaikan haji dan sebagainya.
Buraidah ra berkata, Rasullullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka amalan baiknya tertolak”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 520)
Amalan baiknya tertolak bermaksud, semua amalannya dianggap batal dan tidak memberikan sebarang faedah kepadanya. Hadis ini menunjukan bahawa Allah tidak akan menerima sebarang amalan soleh daripada seseorang yang tidak menunaikan solat. Amalan-amalan tersebut tidak akan dihitung oleh Allah dihari kiamat kelak.
Berdasarkan hadis diatas terdapat dua golongan yang tidak menunaikan solat.
Mereka langsung tidak solat, golongan ini akan kehilangan semua amalan baik yang dilakukan.
Mereka yang tidak menunaikan solat pada hari dan waktu tertentu, dalam hal ini semua amalan yang dilakukan pada hari tersebut akan tertolak.
Syeikh Ibn Uthaimin (ulama besar Saudi) telah ditanya puasa yang tidak didirikan solat:
Beliau menjawab:-
“puasa yang tidak memdirikan solat tidak sah dan diterima kerana orang yang tidak mengerjakan solat hukumnya kafir dan murtad.
Allah SWT berfirman:
“Oleh itu, jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, makan mereka itu adalah saudara kamu seagama”
(surah al-Taubah: 11)
Rasullulluh SAW bersabda:
“Antara seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat”
(diriwayatkan oleh Muslim: 82)
“perkara yang memisahkan kita dengan mereka ialah solat, sesiapa yang meningggalkan solat, maka dia adalah kafir”
(diriwayatkan oleh al-Tirmizi: 2621)
Hadis-hadis ini diklasifikasikan sahih oleh al-Albani didalam sahih al-Tirmizi.
Inilah pandangan kebanyakan sahabat, para sahabat Rasullulluh berpendapat meninggalkan sesuatu ibadat tidak menjadikan seseorang itu kafir melainkan solat. Berdasarkan ini jika seseorang itu berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat, puasanya tertolak dan segala amalannya tidak memberikan apa-apa ganjaran di hari kiamat kelak.
Kami menasihati kamu agar mendirikan solat dan berpuasa, sesungguhnya pahala puasa kamu akan tertolak kerana amal ibadat tidak akan diterima dari seorang kafir.(Fatwa as-Siyam, ms: 87)
Bagaimana pula mereka yang hanya solat dan berpuasa dalam bulan Ramadhan sahaja, Syeikh Uthaimin menjawab:
“ Solat adalah merupakan salah satu rukun islam dan terpenting selepas mengucap dua kalimah syahadah, dan sesiapa yang tidak mengerjakannya dengan sengaja, maka dia adalah kafir.”
Perbuatan mereka seperti ini merupakan percubaan menipu Allah yang mengakui kewujudanNYA pada bulan itu sahaja.
Sekian..
No comments:
Post a Comment