Thursday, January 29, 2009




Obama bukan Zulkarnain...
Oleh : Muhammad Ibn 'AzPada ketika posting ini ditulis selepas solat Maghrib, 20 Januari 2009, channel 511 CNN sedang memaparkan ke seluruh dunia persediaan bagi upacara angkat sumpah bagi Barrack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika ke 44. Angka 44 bagi mana-mana pihak yang mengimani Feng shui, membawa kepada kematian berganda.Muslim tidak pernah peduli dengan semua ketaksuban tentang nombor tersebut. Waktu ini, dipaparkan di dalam CNN subuh hampir menjelma di sana. Bagi mana-mana negara, subuh ialah waktu yang menandakan permulaan hari baru. Manusia biasa menunggu subuh sebelum berbuat sesuatu perkara untuk hari tersebut. Tetapi kali ini, seluruh dunia menunggu subuh yang muncul di Washington. Kali ini semua mata tertumpu kepada terbitnya mentari pagi di Washington.







Semenjak manusia mengambil tahu mengenai turun naiknya matahari, cuma pada hari ini naiknya matahari di negara antara yang paling Barat ditunggu di seluruh dunia. Matahari naik yang juga menjadi logo kempen Obama. Jika dahulu, Zulkarnain melihatkan matahari terbenam di atas suatu kaum di atas laut berlumpur hitam sepertimana yang tercatat di dalam surah al Kahfi ayat 86. Banyak mufassir (ahli tafsir) mencadangkan nama-nama tempat di mana peristiwa ini berlaku, tetapi ianya kekal cadangan kerana yang lebih mengetahui hanyalah Allah. Syed Qutb menolak untuk memperjelaskan melalui kisah-kisah Israeliyyat mengenai perkara ini. Tetapi dia mencadangkan satu tempat dipinggir lautan Atlantik. Itu semua juga tidak penting. Yang penting dari kisah Zulkarnain ini ialah pengajaran yang harus di ambil dari salah seorang Hamba Allah yang diberikan Allah jalan kuasa yang membawanya menguasasi Timur dan Barat. Pengajaran yang utama ialah, di mana saja penguasa ini pergi, keadilan, berhukum dengan betul serta kemakmuran di dalam keselamatan yang ditawarkannya merupakan agendanya yang paling penting dan diutamakan. Itu Zulkarnain. Tetapi lebih kurang 3 jam dari waktu posting ini ditulis, Barrack Hussein Obama akan mengangkat sumpah. Sumpah yang diikrarkannya akan menjadikannya orang yang paling berkuasa di dunia. Tapi Obama bukan Zulkarnain.Kita tidak menilaikannya melalui janji dan kata-kata. Kita tidak menilaikannya melalui karektor dan fenomena luarbiasa yang melanda Amerika yang menyokongnya. Kita menilaikannya melalui perbuatannya nanti. Kita juga tidak lupakan bagaimana dia menikus di Hawaii ketika saudara kita disembelih di Palestin.Sesuatu yang menghairankan ialah, kenapa tiba-tiba sahaja Israel mahukan gencatan senjata. Gencatan senjata bagi memberi sedikit ruang bernafas kepada Obama di hari angkat sumpahnya. Dijauhkan demonstrasi dari perhimpunan raksasa tersebut dan memberi ruang kepada Amerika berpesta sebentar dikala Palestin dilupakan dunia. Kita tidak melupakan dosa mereka menghalalkan binatang haram zionis menyembelih saudara kita.al Baqarah 120Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka . Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.Harapan tetap harapan, tetapi letakkanlah harapan pada yang boleh diharap. Semoga Allah menyatukan kita semua untuk bangkit kembali sebagai satu ummah. Ameen.




Gambar kanak-kanak Palestin ini merupakan sebahagian dari banyak email yang masuk ke kotak email saya sebelum ini. Ini kiriman ABJ. Terima kasih kerana berkongsi. Kita tidak melupakan mereka. Siapa saja di Rumah Putih, darah kanak-kanak ini seharusnya ditebus suatu hari nanti. InsyaAllah..

Wednesday, January 28, 2009

BERCUTI KE PULAU PINANG!!!!!!!


Ha! Ha! Ha! jangan tak caye.. hari isnin lepas 26/1/2009 aku pegi rumah kucai kat sg. dua.. ni dia gambar aku ngan kucai...
best oooo... kucai bagi makan mee pak ngah...

Friday, January 16, 2009

Dome of the Rock

Description:

Bukti kebesaran Allah SWTbatu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan MasjidilAL AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).

Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat. Sampai sekarang masjid "dome of rock" ditutup untuk umum, danYahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah"emas" (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh duniadimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islamdimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernahsebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru". Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih olehIsrael dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.

Tuesday, January 13, 2009







ha... ini pulak Amirul Hakimi...he's ready to go to Pasti Al Iman......no problem...bangun pagi ceria ja walaupun dalam gundah....1st day balik dari sekolah...pakai kasut orang lain and beg sekolah tertinggal dalam van ustaz... lawak tul sorang nih...bersemanagat nak pi sekolah ...alhamdulillah.....

ho hoiiiiiii.......

















Assalamualaikum....

Ayolahai...lama tak berborak - borak tru this channel kan.... almaklumlah...di saat2 akhir tahun sibuk ngan menyudahkan appraisal staff dan utk diri sendiri....kelam kabut ngan preparation anak2 nak sekolah...

Si Ameera Batrisyia dah masuk sekolah darjah satu.... mencabar keimanan betullah!!! Stress ronsing dan macam macam lagi....

Dah seminggu...dia still tak leh nak accept changes... ibu n ayah dah start kerja...mcm2 benda yg sepatutnye di request...sampai suh letak TV with astro channel dalam bilik tido....huhuhuhu mana tak terduduk ibu n ayah nye......alahai kakak weih......
Ari ni baru nampak ok sikit ...tapi tak tau lah kang nak pi sekolah session petang pulak....



Thursday, January 8, 2009

SeSaJe...BiRtHdAy AiMaN




Sesaje nak mengepost...neh gambo party birthday anak aku, tapi kira macam combo party birthday coz ada 4 orang skali celebrate ( anak aku, anak sedare aku & abg ipar aku)....hehehehe