Saturday, December 27, 2008

Gua kembali lagi...




24/12/2008 hari tu lepas keje, opismate aku ada buat makan2 dan bertukar2 hadiah.. aku dapat hadiah dari japanese boss aku.... sume org pun nak hadiah dari boss2.. sekali aku yg dapat... kui! kui! kui!


Wednesday, December 24, 2008

Lame dah tak post....

December 2008 - Practical student from Politechnic, Kuantan.












July 2008 - My ex-boss













December 2008 - Pengkalan Balak, Melaka













December 2008 - Pengkalan Balak, Melaka









Aidilfitri 2008

Friday, December 19, 2008

Wednesday, December 10, 2008

Salam Aidiladha

Aidiladha datang lagi...kali ni aku & famili beraya kat kg aku di Pekan, Pahang. Walaupun dalam keadaan hujan lebat yang turun sejak dari malam ahad berlarutan hingga pada hari raya tanpa henti...namun tetap meriah.

Tuesday, December 2, 2008

AHMAD DANI @ celcom sukses launching

Ari launching pek prepaid CELCOM - XL SUKSES....murah murah murah... sapa ada bibik leh hadiah kan kat bibik ... RM8.50 ka market price eh....



Dpt henpon balackberry n pek sukses tuh... gila bangat.... FOC lak tuh....








DEWA & MANAGER nye.... yg pompuan tepi sekali tuh....
















'CINTAKU TERTINGGAL DI MALAYSIA...'



time nih... cleaner2 opis kemain syok nyanyi ikut si ahmad dani nih....













Saturday, November 29, 2008

cicakman @ premier show....

ini apek n tamara....



cicakman @ premier show....

Aku dpt jugak amik gmbr ngan Ginger 1 n 2...dema dlm citer ni..dah mati tp tak aman...jd hantu sebab nak balas dendam....
Tamara pun dtg jugak... dlm citer ni dia pegang watak assistant Prof Clone... ganas siut..tak mcm dlm citer HIKMAH kat astro tu....anak aku nangis ..takut tgk dia ....

ni la apex n icon cicakman...celcom co sponsor..so mcm biasa la ada la pengagihan tiket2 free utk staff...so aku pun bwk la kanak2 aku pi tgk...


Thursday, November 27, 2008

Friday, November 21, 2008

KENA AMBIL TAHU

3 ari lepas XYZ ada buat artikel BOCOR 1.isunya tentang rancangan dap/mca/gerakan/konglomerat cina untuk menghalau melayu.menguasai negeri melayu secara sistematik. caranya mudah perbanyakkan kawasan penempatan baru untuk mereka.salah satu kaedahnya meletakkan benda yang menjadi haram pada melayu iaitu babi. di selangor kerjasama babi ini dibuat antara pkr melayu dan dap.lokasinya di ladang tumbuk sepang sebuah kawasan 80% melayu.bila ada babi maka orang melayu secara beransur ansur akan keluar PINDAH dan orang cina perlahan2 masuk.hasil kerjasama celaka ini satu kawasan melayu telah hilang iaitu ladang tumbuk.
kenapa mereka pilih ladang tumbuk gap ? kerana 10km kelilingnya adalah kawasan bakal membangun klia,sepang,cyberjaya dan putrajaya. dlam masa 10 tahun bila babi ada di ladang tumbuk kawasan ini dan sekitar nya telah pun maju.melayu sudah tiada maka senanglah mereka menguasai ekonomi setempat. itulah yang telah terjadi di petaling jaya.pada 1970 80% penduduknya adalah melayu. perlahan lahan cina menyesakkan kawasan itu dengan bangunan kedai,gereja dan hari yang memonopoli kawasan itu adalah cina. subang kini menuju ke arah itu.
ini adalah teori rakan-rakan karkun (jemaah tabligh) yang hingga kini masih menjadi panduan hidup aku. karkun kata " kita kena berhati2 bila berkata..lagi kuat hujah kita berkata lagi laju ujian itu datang". sambung kawan gap si karkun tu " ianya macam bola..perlahan kita baling ke dinding maka perlahanlah impak yang melantun.jika kuat balingan bola itu ke dinding maka kuatlah lantunan bola ..silap aribulan kena tepat kat muka sendiri. inilah cara TAKTIK DAP DENGAN MENGKUDA PKR menghalau melayu dari kawasan majoriti melayu. HATI-HATI.

Thursday, November 20, 2008

kwsp

RM5 billion wang KWSP hangus, BN perosak ekonomi negara

( angkara kebodohan menteri kewangan sekarang yg tiada ilmu dlm ekonomi ... sape yg laa yg pangkah menteri bangkai ni masa p/raya ? mmg bingaii laaa ..... )

Dr Dzulkefly Ahmad Fri Oct 24, 08 9:39:53 am MYT
Suntikan RM5 bilion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru sebagai langkah untuk mengangkat nilai syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang dianggap dibawah nilai yang sebenarnya atau "undervalued companies", menggemparkan pelbagai pihak.






Yang menjadi lebih memeranjatkan ialah RM5 bilion itu akan diambil dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai loan atau pinjaman yang diarah oleh Menteri Kewangan.
Persoalannya ialah apakah hak menteri untuk mengarahkan KWSP untuk menghulurkan pinjaman kepada ValueCap Sdn Bhd, sebuah pengurus dana yang dimilikki oleh Khazanah, PNB dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.
KWSP punya panel pelaburan profesional yang mempunyai tanggungjawab mempastikan bahawa warga pencarum-pencarum dari titik keringat mereka, mendapat pulangan keuntungan yang terbaik.
Arahan Menteri KWSP ke atas KWSP adalah tindakan paling tindak bertanggungjawab.
Ini menjadi lebih parah dalam suasana 'US-led Global Meltdown' yang telah pun menjejaskan semua bursa saham bukan sahaja di Amerika, Eropah, bahkan Asia- Hong Kong, Korea Selatan, Cina, Singapura dan lain-lain, yang kehilangan 'market capitalisation' ke jumlah trillion USD, paling parah dalam sejarah mengingatkan dunia kepada peristiwa Wall Street Crash 1987.
Pada hari Jumaat 17hb Oktober lalu sahaja, Bursa Malaysia, penanda aras KLCI jatuh sebanyak 3.14 peratus atau 29.86 mata ke 920.02.
Hari itu sejumlah RM 20.6 bilion telah lenyap dalam 'market capitalisation'. Jumaat sebelum (10hb Okt) Bursa kehilangan RM25bilion dalam 'market capitalisation'. Kini KLCI terus jatuh di bawah 'paras priskologi' 900.
Apa jaminan Menteri Kewangan bahawa kehangusan dana seperti telah berlaku pada jumaat lalu tidak berulang dengan kata lain, suntikan RM5bilion wang rakyat dari keringat rakyat yang mereka carum dalam KWSP tidak akan mengalami nasib yang sama?
Benar, RM5bilion adalah pinjaman dan bukan pelaburan. Betul ia akan dibayar mungkin dengan hibah atau bunga bergantung cara konvensional atau Syariah-komplian cara yang dipinjam oleh kerajaan.
Persoalannya apakah ini sahaja cara untuk Menteri Kewangan baru ini menangani kemelut kewangan global ini, dan apakah jaminan bahawa dana ini tidak digunakan untuk hanya menyelamatkan syarikat-syarikat yang punya kepentingan elit politik tertentu ataukah ia akan dilalukan atas dasar merit dan keadilan sebenar dalam urus-tadbir korporat yang terbaik.
Satu lagi perkara yang penting dalam pertanggungjawaban, ialah penggunaan dana rakyat dalam menampung krisis pasaran saham dan kewangan seperti ini, tidak akan membawa apa-apa kebaikan di segi menjana kesan 'multiplier' atau 'berganda' berbanding RM5 bilion di laburkan dalam sector-sektor lain seperti pendidikan, kesihatan mahupun infratsruktur kritikal dalam negara.Sebenarnya syarikat-syarikat yang hendak dibantu pun tak mendapat kebaikan apa-apa pun kalau saham mereka naik sekupang-dua.
Kalau 'fundamentals' mereka kukuh, mereka tidak perlu takut kerana pelabur-pelabur, samada dana asing atau tempatan akan semasa keadaan pulih.
Tetapi suntikan RM5 bilion akan terus hangus kalau keadaan semakin parah. Berapa banyak lagi yang mampu disuntik?
Inilah cara kepimpinan negara menyelesaikan masalah ekonomi negara selama kini dengan pendekatan 'short-term' - jangka pendek dan 'knee-jerk'.
Sesungguhnya, yang hendak dan akan dibantu ialah mereka yang telah membeli saham-saham dengan wang pinjaman, kerana mengambil peluang 30 peratus peruntukan bumiputera semasa pensenaraian dulu (IPO).
Siapa mereka? Umum tahu. Mereka ini yang akan 'menjual' saham mereka untuk mengelak kerugian lebih parah atau 'cut loss' apabila saham kaunter-kaunter ini naik sedikit, dengan suntikan RM5 bilion.
Betul, mereka hendak selamatkan pasaran saham, tetapi, siapa yang sebenarnya yang hendak dilindungi?
Persoalan-persoalan ini terus bermain dalam fikiran dan benak hati rakyat yang telah banyak kali mendapati kewangan dan dana rakyat tidak diurus tadbir dengan baik, telus dan bertanggungjawab oleh pihak kerajaan BN ini.
Isu terkini termasuk pembelian BII, Eurocopter dan pelaburan dalam Fast-Speed Broad Band(FSBB) yang kesemua mengakibatkan ketirisan dan kebocoran berbilion RM dana rakyat!

LIFE BEGIN AT 40

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiakkeriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga rosdi kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!

Monday, November 17, 2008

TERSEREMPAK CHAQ (NURLIZA ZAKARIA) DITEPI JALAN

Aku pi Kedah Jumaat lepas, balik mlm tadi. Pi Tg. Dawai beli ikan masin. Lps tu plan nak pi makan laksa Kuala Kedah. Time tu dah maghrib, so cari masjid kat area Pantai Murni. Ntah mcm mana aku terserempak Chaq kat tepi jln dgn 2 orang anak dia. Dia baru balik main futsal. Terus singgah rumah dia. Dia pun baru pindah rumah tu (quaters).Kebetulan asben Chaq beli laksa Kedah. Memang rezeki la hari tu.



Wednesday, November 12, 2008

konvo year 6






















Semalam skola aku buat Hari Anugerah n konvo year 6..ni antara anak murid aku yg scorer dlm BI kecuali yg boy tu,dia nyelit jek..jd hantu lilin..next year diorg ni masuk Form 1 pulak..yg gambo satu lg bdk2 year 6 buat performance esambel, koir & tarian sumazau..yg girl sorang tu,no 2 dr blkg belah kanan,anak angkat aku,Gloria..seumur hidup aku skali je la setakat ni aku penah try sumazau ni, tu pun masa ada senamrobik n poco-poco beramai-ramai..


alang2 ada masa ni let me story mory skit la pengalaman aku kat sini yg mgkin korang tak penah tau..tp kalau dah tau tu diam2 je la ek..hehe..first time aku jejakkan kaki kat sbh ni,,terasa la lain sgt suasana dgn semenanjung..sini panas dia lg panas dr smnjung walaupun lbh bnyk pokok2 n bukit-bukaunya...satu lg yg ketara..waktu kat sini lbh awal sejam dr semnjg..so kat sini kalau 6pm tu dah gelap dah...kalau 6am tu dah terang benderang dah...


satu lg kalau kat smnjung senang2 jek kita dpt bezakan org tu Islam ke bkn Islam ke...tp kat sini aku susah nak bezakan org tu Islam ke Kristian ke sbb muka semua sama jek...kdg2 nama mcm Islam tp sbnanya Kristian..pastu nama diorg kat sini walaupun Kiristian tp ada letak Binti...contoh..Rohana Binti Angkas..ni Kristian ni..jgn silap..satu lg kat sini dlm one family ada yg Kristian, ada yg Islam..dah jd tradisi biasa dah kat sini..satu lg sepanjang jln selalunya lebih bnyk nampak church kalau nak bandingkan dgn masjid..ye la..kalau kat smnjg kan mana2 senang nampak masjid..


selain tu kalau ikut tradisi kaum kadazan kat sini..diorg ada kenakan 'soget'..soget ni mcm denda lah...cthnya korang langgar anjing diorg sampai kiok..so korang kena byr soget la..bole sampai beratus bah kena byr..pastu duit tu diorg guna utk beli daging n bagi kat org kg..tp yg Islam tak ambik la daging tu..takde maknanya..selain tu kalau ada org rosakkan anak dara diorg (sini panggil perawan) pun kena soget gak..so benda2 mcm ni semua mmg aku tak penah tau sblm ni..dah sampai sini baru la tau..


masa mula2 aku mintak tuka sini, org pejabat nak bagi skola men..tp aku tanak sbb pd aku, ngaja bdk2 skola rendah lg seronok...cute2 diorg ni n mcm2 perangai..satu lg yg syoknya bdk2 ni kalau kita marah, diorg tak dendam..hari ni marah, besok diorg lupa dah...tak mcm bdk skola men nak kena guna psikologi, silap2 dia dendam ngan kita n buat benda tak sepatutnya..takpe la skola men ke skola ren ke...gaji sama jek..hehe..yg penting bahagia...(walaupun bnyk keje)..


yg selalu korang tgk kat tv tu mcm 'bersamamu' tu kalau yg ada citer psl diorg yg miskin2 tu..betul la tu..anak murid aku pun ada yg tak terkecuali..ada tu yg bumbung umah dia dah bocor2..kesian..tp study ok walaupun miskin..benda2 ni secara tak langsung menginsafkan aku jgk, lbh2 lg aku tgk depan mata..kalau tgk dressing bdk2 ni pun ada yg kesian, mcm nak nangis pun ada..baju dah lusuh n sendat..nasib baik gak la ada bantuan dari KPM, kasi duit beli uniform n kasut skola..org kg kat skola aku ni masih lg harapkan air hujan..mandi air perigi..mana yg mampu, bole la beli tangki besar dua tiga buah utk tadah air hujan..kalau kemarau, yg org susah tu terpaksa la gi mandi sungai..air paip taktau la bila bole dapat..so kat sini takyah bayar duit air...free of charge!


so korang..bkn la tujuan aku citer kat sini nak mintak simpati..tp saje jek nak share..aku dah rasa sendiri life kat sini..so lps ni kalau ada peluang, aku nak melawat skola yg kat kwsn pedalaman..yg kena redah sungai n naik bot sampai 2-3 jam..saje cari pengalaman sblm aku back for good ke jhr..Wassalam


Tuesday, November 11, 2008

MUTIARA DAN MANIK SABAH











Inilah antara hasil kerja aku kat rumah. Raya hari tu aku dapat jugaklah tambah duit raya aku sambil2 duduk rumah. Aku ada agen tolong jual kat putrajaya. Aku tgh buat laman web tapi asyik tertunda sebab sebok ikut asben. Nanti kalau dah publish korang tengok la ye web terbaru aku.

Friday, November 7, 2008

Mengintai Dari Tirai Kamar......

Ni lah antara gambar yang sempat aku ambik dari tingkap bilik aku. Gambar tak berapa clear sebab camera aku tu tak berapa elok.














Adlin baju putih, nabil baju merah. Nabil tu bawak tikar dan periuk kat belakang dia.













Kesian diorang ni belakon tengah panas.





















Ni part Nabil berdoa.......












Pagar rumah aku yang ada pokok kiri kanan tu. Diorang berlakon kat pagar yang ada motor tu. So nantikanlah kemunculan filem misteri ni.... Sebab tajuk tak tau.

Thursday, November 6, 2008

utk santapan minda...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada , sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Wednesday, November 5, 2008

Kisah 3 Pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan.

Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" ."Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

Sunday, November 2, 2008

angah's

salam..turn angah lak mengepos..pd korang2 yg tak kenal aku..aa ni laa muka aku..kalau tak kenal gak taktau la nak kate ape..tp b4 tu tgk gambo anak2 aku dulu ee...



















^gambo ni masa aku bwk anak2 pi kundasang, sabah...ni kat Pine Resort...cantik tpt ni..mcm ala2 kat new zealand gitu..at least merasa gak la suasana kat overseas,ye la nak tunggu jejak kaki kat sana ntah bile2 agknya...lain la mcm cik era kite, dah tour overseas..hehe...anak aku yg 1st Danish Hakimi(4), yg 2nd Arisya Fatiha(3)...diorg dua beradik ni tak bole berjauh, mesti mencari..tp bila dah dekat bercekau jek keje..pening aku..



<< yg ni gambo bounzer anak2 aku..hehe...tak le..ini anak buah aku yg 1st..masa ni family aku dtg sabah, melawat aku baru pas abis pantang anak ke3...ni kat strawberry park...kitorg overnight kat atas ni..tgk background tu..cantik ek...sejuk yg amat..ni kat kundasang la ni..kaki gunung kinabalu...

yg bwh ni la anak aku yg 3rd..Alieya Fatiha (7mths)...








<< aa yg ni gambo family aku sndiri...masa ni raya thn lps, aku beraya kat umah parents aku kat ulu tiram,jhr..kitorg nye tema ala2 pakaian arab gitu..cuma husband aku jek tak pakai baju arab,dah boring dia ckp..dgn pak arab lg la dia boring..hehe...tp hari2 dok dengaq lagu arab...aku pulak yg boring nyah...masa ni aku peknen(pinjam word pza) no3..masa ni 4 bln kot...gambo raya thn ni takde la...tak sempat ambik gambo...

so..pada korang2 yg tak kenal aku..dah kenal ke skrg..taktau la kalau masa kat dungun dulu korang tak terperasankan aku..maklum la..aku dulu low profile..hehe..salam














Friday, October 31, 2008

OPEN KILANG


tengah hari tadi kilang aku buat open kilang...
buat pertama kali dalam sejarah aku pi kerja pakai baju melayu... ramai awek indon kata aku nampak hensem hari ni..

Thursday, October 30, 2008

Kuala Lipis















Inilah rumah Siti kat Lipis.











Ini gambar masa naik bot kat Sg. Jelai...


Aku baru balik dari Temerloh, Asben ada kerja kat sana. Tapi kami tidor Lipis saja tukar angin.Asyik tidur Temerloh je,boring. So..sempat la pi Mancing kat Sg. Jelai Naik Bot. Ngeri..tapi best. Sungai ni baru je budak hilang 2 minggu lepas tak jumpa sampai la ni. Ikan patin kat sini sedap tapi mahal la sikit. Sempat jugak la pi tengok rumah Siti kat sana.

latest pic....

Gambar ngan boss number 1... Dato Seri ....sapa tak kenal....


Hai fenz... inilah gambar terbaru aku lps acc ari tu...still vogue lagi kan... ni masa open house department aku....

Thursday, October 23, 2008