Wednesday, November 4, 2009

MUZIUM PADI KEDAH


Sesiapa ada plan nak bercuti ke Kedah cuti sekolah ni jgn lupa bawa anak2 pi Muzium Kedah... Best giler... Dengar cerita 2 tahu dia lukis pemandangan ni...































KEBUN SAYUR KU......


Rasanye dah lama tak post.... So saje la nak shara ngan korang semua... Time aku angan asben outstation nilah kerja maid aku maklumlah tak de apa nak jaga, anak tak de so.... Tanam sayur...Aku rajin beli benih je.... Tapi seronok bila tengok semua dah berbuah... Time dah buah ni yang seronoknye petik buah...

Sekarang ni yg best nye...kalau sesiapa datang rumah, balik mesti dapat buah tangan sayur..... Selagi ada buahnya boleh la bagi... Gambar ni pun dah lepas berpuluh kali petik ni..tu yang buahnya tak berapa banyak...















Cili Thai...yang selalu buat tuk tomyam tu.....














Serai dan petola.....Ada gak selit bunga kertas..














sireh ni saja tanam..Kata maid aku buat jamu elok untuk perjalanan darah...















Timun..., memang sedap buat ulam...















Ni lah ruang halaman aku yg dipenuhi pokok sayur...














Terung, ni muda lagi....















Cili ni memang best kalau masuk dalam kari jangan belah...















Petola ni dah macam nak mati tapi still banyak buah lagi....















Ni pokok bayleaf dan daun kesum...cukup la tuk kami satu rumah... atau nak buat laksa..














Ni antara pokok cili api yang ada...















Ini pokok roselle....Aku beli anak benih masa floria hari tu..Cepat betul membesar....Aku dah mesin buahnyer buat jus...sedap giler..




Wednesday, August 5, 2009

FLORIA 2009 PUTRAJAYA

Floria tahun ni macam kurang sikit peserta. Tahun lepas lagi meriah... Tapi kalau yang suka bunga tu pergilah bawak anak-anak. Banyak aktiviti untuk kanak-kanak. Pokok buah-buahan pun banyak jual... Orkid macam-macam jenis... Memang best...

















Friday, June 19, 2009

New Pacific Hotel Kota Bharu Kelantan

Hotel ni gelap giler. View bandar.. Tak de pantai. Kedai makan pun susah. Kena naik kereta kalau nak makan malam. Kat hotel ada makan tapi tak best sangat. Kat Kelantan aku suka makan kat bawah muzium. Ikan bakar, ikan keli goreng, ulam, budu, sambal belacan dan tempoyak. Best!!!!!!


Bilik besar tapi jenis lama. Bilik air pun jenis lama gak. Ni lah hotel yg tak bagi air mineral.



Hyatt Kuantan

Hyatt Kuantan ni memang best. View memang superb. cantik giler. Aku suka duduk kat sini. Cuma lantai melekit ckit. Kena pakai selipar dalam bilik. Sempat gak skodeng couple project tepi laut. Nak buat cam ner. Buka jer tingkap terus nampak diorang tgh raba2.


Ni aku ambik pagi. Sunrise.

Time ni kena paksa asben aku jalan kat jambatan kayu. Pantai belah sana pun cantik gak. Muka letih ni. Dah la panas.

View dari bilik aku. Time ni mat saleh belum kuar lagi. Kena tunggu panas terik barulah diorang bersidai kat tepi kolam tu.

Ni lah biliknyer. tak besar sangat. Bolehla untuk kami 2 orang.




Hotel Katerina Batu Pahat- Hotel PANAS!!!!!!!!

Korang ingat tak satu Menteri yg ada rakaman video kat dalam hotel tu. Ni lah hotel nye. Aku tak percaya kat Batu Pahat boleh ada hotel besar dan cantik macam ni.. Aku tak ambik gambar dalam bilik. Time ni punya lah cover takut gambar kami lak yg kuar lepas ni.






Hotel Sunway Penang

Time penamaan calon pilihanraya Penanti hari tu asben aku kena bertugas. Kami duduk kat Hotel Sunway. Hotel ni best sebab konsep dia sama macam kat Sunway USJ tu. Ada shopping Complex kat sebelah hotel jer. Tak la bosan. Satu hari jalan pun tak habis.



Kat sebelah hotel tu ada Victoria Station. So sekali-sekala tukar selera la pulak. Asyik mee udang jer.


Ni la bilik kat Hotel Sunway tu. Besar dan selesa. Tapi view tak der. Sat-satunya hotel yg sediakan sejadah tanpa kita minta.




Wednesday, June 17, 2009

Monday, June 15, 2009

Hotel Selesa PD

Balik dari JB hari tu terus pi PD. Sampai rumah tukar beg pastu terus bertolak ke PD. Saja nak berehat setelah 2 minggu outstation pi Kuantan, Terengganu dan Kelantan. Pastu sambung lak gi JB. Memang lunyai rasanye. Time ni lah nak berehat puas-puas.
Bilik ni tak besar. Dua orang boleh la. Tapi best sebab dekat dengan pantai. Keluar bilik je terus nampak laut.


Sebab cuti sekolah..bilik semua dah penuh. Tinggal bilik ni jer. Boleh la untuk rehatkan badan.

Kat tepi laut ni ada kedai makan. Residence atau Regency punya. Makanan dia ok. Time ni baru lepas berendam dalam laut dan naik banana boat. Perut lak lapar giler... Tengah tunggu nasi ayam. Sedap!!!!!


Buaian ni best gak untuk lepak-lepak sambil ditiup angin laut.



Inilah koboi sesat pergi laut..Sebenarnya aku nak ambik rumah belakang tu.. Ada 3 rumah.. 1 India punya lagi 2 Melayu punya. Ada lagi 1 lot untuk dijual...




M-Suites Johor Bharu

Ni adik dan mak aku ikut sekali. Anak sedara aku ni suka sangat makan otak-otak tu.




Jalan-jalan kat Danga Bay


Banyak gerai-gerai jual barangan siam kat tepi kompleks tu..

















Macam ni lah kat dalam M-Suites tu. Bilik besar..Kalau takat korang yang ada anak 3-4 orang tu boleh duduk 1 bilik jer. Ada cooker eletrik tapi kena bawa periuk sendiri kalau nak masak.






Thursday, May 21, 2009

malam pertama!

Satu hal sebagai bahan renungan Kita....

Tuk merenungkan indahnya malam pertamaTapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semataBukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan HawaJusteru malam pertama perkawinan kita dengan Sang MautSebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudaraHari itu... mem pelai sangat dimanjakanMandipun...harus dimandikanSeluruh badan Kita terbuka....Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .Tak ada sedikitpun rasa malu...Seluruh badan digosok dan dibersihkanKotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkanBahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...Itulah sosok Kita....Itulah jasad Kita waktu ituSetelah dimandikan.. ,Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putihKain itu ....jarang orang memakainya..Kerana sangat terkenal bernama KafanWangian ditaburkan kebaju Kita...Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkanTataplah.... tataplah. ..itulah wajah KitaKeranda pelaminan... langsung disiapkanPengantin bersanding sendirian...Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetanggaMenuju istana keabadian sebagai simbol asal usulKita diiringi langkah longlai seluruh keluargaSerta rasa haru para handai taulanGamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah DzikirAkad nikahnya bacaan talkin....Berwalikan liang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluanSiraman air mawar.. pengantar akhir kerinduanDan akhirnya.... tiba masa pengantin..Menunggu dan ditinggal sendirian,Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupanMalam pertama yang indah atau meresahkan..Ditemani rayap-rayap dan cacing tanahDi kamar bertilamkan tanah..Dan ketika 7 langkah telah pergi....Sang Malaikat lalu bertanya.Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu.......Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang. Dunia semua yangmengasyikkan. . menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yangmenjemukan lupa kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yangnantinya akan kita bawa kepada NYA.Mengapa susah menerima kebenaran? Apakah kerna kosongnya jiwa yangtak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata? Astaghfirullah. ...Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju ke..''Malam Pertama Kita''

Tuesday, May 12, 2009

Rafidah binti Yatim Mustafa




Jejak kaseh seterusnya ialah kak Fidah...sape masih ingat...dia skang tinggal kat Pasir Gudang bersama suami terchenta abang Azman Pilus (kalu tak silap) dan 2 orang puteri. Kak Fidah skang kerja bahagian finance kat sebuah kompeni Jepun...so dia skang memang dah terrer cakap jepun. Puteri sulung bernama Nasrin Nazifa, umur 10 tahun dan puteri kedua bernama Damia Farwizah berumur 8 tahun. Atas sebab masalah teknikal, gambar kak Fidah dengan abg Man tak dapat disiarkan.

Monday, May 11, 2009

Assalamualaikum






hi uols!! testing arr.. kalu salah sori wei...



ni gambar terbaru..sure korg takleh imagine,


dulu kecik sekrg dah agak membesar sket..hehe!


gambar kat patung kucheng tu, akak dgn hubbyle!


butet (adakah nama sebenar kau fazly)... kamu dulu ada gosip dgn satu aweqs dia jugak kan. last year ada terserempak ngan aweqs tu kat cs jaybee..
okaylah uols ini saja utk mlm ni, ciau!!





































Wednesday, April 15, 2009

usik pun tidak!!

Usik Pun Tidak
Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama' . Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS, " jawab si lelaki..Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

Saturday, April 11, 2009

SAJE DAH LAMA TAK MENGEPOS



Baru balik Bintulu...Bandar dia tak la besar sangat..Tapi kat sini udara segar dan bersih...