Friday, September 26, 2008

Email from HR.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Muslimin / muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah s.w.t sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa satu majlis bacaan Yaasin, solat Zohor dan hajat berjemaah akan diadakan untuk kesejahteraan saudara Mohd Mazlan Marjhan dan isteri beliau Pn. Hafizah Ab Rahman yang sekarang berada di ICU, Hospital Sungai Buluh. Majlis tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh
Khamis, 10hb Julai 2008
Masa
1.00 tengahari- 2.00 petang
Tempat
Surau Menara Celcom
Agenda
Bacaan Yaasin
Solat Zohor Berjemaah
Solat Hajat

Marilah kita bersama-sama dengan rasa rendah diri memohon kehadrat Allah SWT agar melimpahkan rahmat kesejahteraan dan kebaikan kepada sahabat kita berdua tersebut.

Wassalam


Dikeluarkan oleh :
Jabatan Modal Insan
Bahagian Sumber Manusia Korporat
Bagi Pihak : Ahli Jawatankuasa Surau Menara Celcom

"Segalanya di tangan anda"

Thursday, September 25, 2008

Gambar....

nanti kita post gambar sebelum n selepas raya tau....gambar family...ngan pasangan masing2 and anak2 sekali

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA


Lagu balik Kampung (Khas untuk Kucai)


Balik Kampung


Perjalanan jauh tak ku rasa

Kerna hati ku melonjak sama

Ingin berjumpa sanak saudara

Yang selalu bermain di mata


Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya

Deru angin turut sama berlagu

Semuanya bagaikan turut gembira


Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girang

Ho ho... Balik kampung (3X)

Hati girang


Terbayang wajah-wajah yang ku sayang

Satu-satu tersemat di kalbu

Pasti terubat rindu di hati

Menyambut kepulangan ku nanti

Tuesday, September 23, 2008

SIAPE NI??
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut. Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!" Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?" Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!" Jururawat: "Erkkk..."

KERJA RUMAH...
Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumahGURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat

YG PALING TUA..
Di sekolah tabika.Cikgu: Amri, awak ada berapa beradik?Amri: tiga, cikguCikgu: awak yg paling tua?Amri: tak, atuk saya....

DAH KENAL NOMBOR..
di sebuah kelas tabika.Cikgu: Zaki, awak dah kenal nombor?Zaki: dah, cikgu. abang saya ajarCikgu: bagus. nombor apa selepas tiga?Zaki: empatCikgu: selepas tujuh?Zaki: lapan.Cikgu: lebih besar dari sepuluh?Zaki: Jack!!!

MARKAH 100%
"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya."Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya."Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

WRONG COLOUR!!
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

IKUT JIRAN SEBELAH..
isteri: bang,sejuk hati saya tengoksuami jiran sebelah rumah kita.
suami: ape halnya sampai awak sejuk?!
isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.
suami: habis tu kenapa?
isteri: kenapa abang tak buatmacam tu....?
suami: hish!!gila ker awak nie!!!??mane saya kenal dia!!!!
isteri : *&#$%^&*%**%

TAK SIAPA BERANI CURI..
Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

ATUK DAN CUCU..
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
" Atok buat apa tu?"
" Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya." Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Monday, September 22, 2008

Aduyai!! Nak cite pun malas lah!!!

Pada masa dahulu, Ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amatRAJIN Belaka tidak Ada yang malas.
Jadi pada suatu Hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang Yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,Ada orang yangMenyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dariDia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai Ada orang tolong Kunyahkan".
Maka raja pun terdiam?
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil Berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
Budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

Friday, September 19, 2008

PUASA

Soalan:
Ahli Majlis Fatwa tetap Arab Saudi telah di tanya, bolehkah kita berpuasa tanpa menunaikan solat?

Jawapan:
Tiada amalan baik diterima daripada seseorang yang tidak melakukan solat, tidak membayar zakat, tidak berpuasa, tidak menunaikan haji dan sebagainya.

Buraidah ra berkata, Rasullullah SAW bersabda:

Maksudnya:
“sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka amalan baiknya tertolak”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 520)

Amalan baiknya tertolak bermaksud, semua amalannya dianggap batal dan tidak memberikan sebarang faedah kepadanya. Hadis ini menunjukan bahawa Allah tidak akan menerima sebarang amalan soleh daripada seseorang yang tidak menunaikan solat. Amalan-amalan tersebut tidak akan dihitung oleh Allah dihari kiamat kelak.

Berdasarkan hadis diatas terdapat dua golongan yang tidak menunaikan solat.
Mereka langsung tidak solat, golongan ini akan kehilangan semua amalan baik yang dilakukan.
Mereka yang tidak menunaikan solat pada hari dan waktu tertentu, dalam hal ini semua amalan yang dilakukan pada hari tersebut akan tertolak.

Syeikh Ibn Uthaimin (ulama besar Saudi) telah ditanya puasa yang tidak didirikan solat:
Beliau menjawab:-
“puasa yang tidak memdirikan solat tidak sah dan diterima kerana orang yang tidak mengerjakan solat hukumnya kafir dan murtad.

Allah SWT berfirman:
“Oleh itu, jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, makan mereka itu adalah saudara kamu seagama”
(surah al-Taubah: 11)

Rasullulluh SAW bersabda:
“Antara seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat”
(diriwayatkan oleh Muslim: 82)

“perkara yang memisahkan kita dengan mereka ialah solat, sesiapa yang meningggalkan solat, maka dia adalah kafir”
(diriwayatkan oleh al-Tirmizi: 2621)

Hadis-hadis ini diklasifikasikan sahih oleh al-Albani didalam sahih al-Tirmizi.

Inilah pandangan kebanyakan sahabat, para sahabat Rasullulluh berpendapat meninggalkan sesuatu ibadat tidak menjadikan seseorang itu kafir melainkan solat. Berdasarkan ini jika seseorang itu berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat, puasanya tertolak dan segala amalannya tidak memberikan apa-apa ganjaran di hari kiamat kelak.

Kami menasihati kamu agar mendirikan solat dan berpuasa, sesungguhnya pahala puasa kamu akan tertolak kerana amal ibadat tidak akan diterima dari seorang kafir.(Fatwa as-Siyam, ms: 87)

Bagaimana pula mereka yang hanya solat dan berpuasa dalam bulan Ramadhan sahaja, Syeikh Uthaimin menjawab:
“ Solat adalah merupakan salah satu rukun islam dan terpenting selepas mengucap dua kalimah syahadah, dan sesiapa yang tidak mengerjakannya dengan sengaja, maka dia adalah kafir.”

Perbuatan mereka seperti ini merupakan percubaan menipu Allah yang mengakui kewujudanNYA pada bulan itu sahaja.

Sekian..

Wednesday, September 17, 2008

Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.
Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya. Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ? (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.? ? (Hadis riwayat Muslim )
Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.
Antaranya firman Allah bermaksud: ?Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.? (Surah al-Qadr, ayat 1-5).
Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan . Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: ?Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.? ? (Hadis riwayat Ahmad) Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10
hari terakhir.
Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.
Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya. Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.
Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat. Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.Usia baginda dan umatnya adalah pendek.
Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja. Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.
Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.
Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: ?Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia danjuga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.? Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.
PANDUAN MENGQADHA PUASA RAMADAN DAN PELAKSANAAN PUASA SUNNAH ENAM HARI BULAN SYAWAL

1. Diriwayatkan dari Aisyah (R.A.), ia berkata: Adalah seorang di antara kami tidak puasa pada bulan Ramadan pada zaman Rasulullah (S.A.W.). maka ia tidak sanggup mengqadhanya (membayar puasa yang ditinggalkan) sehingga datang bulan Syaban (yakni pada bulan Syaban baru bisa membayar puasanya). (H.R.: Muslim)
2. Diriwayatkan dari Aisyah (R.A.) ia berkata: Saya mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, saya tidak mampu membayarnya sampai datang bulan Syaban. (H.R. Bukhary)
3. Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy (R.A.): Sesungguhnya Rasulullah (S.A.W.). bersabda: Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R.: Muslim)

KESIMPULAN
Hadits-hadits di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa :

1. Barangsiapa yang mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, hendaklah segera diqadha (di bayar) secepat mungkin jangan di tunda-tunda kecuali karena ada uzur dan terpaksa di tunda meskipun sampai bulan sya'ban. (Dalil : 2)
2. Disunnahkan puasa enam hari pada bulan Syawal dengan syarat puasa Ramadannya sudah lengkap, tidak ada hutang.
3. Pengamalan puasa enam hari pada bulan Syawal ini dapat dikerjakan secara berurutan ( enam hari berturut-turut) atau berselang-seling (tidak berurutan). Yang penting pelaksanaanya adalah selama bulan Syawal.



Tuesday, September 16, 2008

PENGALAMAN LAILATUL QADAR

'LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID,' KATA ABAH SEPARUHMEMERINTAH.
AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKUIKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.
NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPASKENYANG BERSAHUR.
AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJIDBERADA DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID.
AJAIB.ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU.
AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKANKE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIRAKU.
AKU SEPERTI TERPEGUN..'KENAPA?' TANYA ABAH. ABAH SEPERTI TAK BEGITU PERASAN...'
ADAKAH INI TANDA-TANDA LAILATUL QADAR,' KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.
'MENAKJUBKAN'.....
AKU KAGET KEHAIRANAN..............'
KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?' TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.'
DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TUKUBAH TU DIAORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH ' SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.
KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGANMELAWAN.
KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKUCUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.

Monday, September 15, 2008

BELUT LAUT


Ada sesiapa pernah tengok belut ni. Orang Sabah kata sedap masak asam pedas.

Saturday, September 13, 2008

anakku

ni nama dia gaya landing tak ingat dunia dah!!!! hehehe





teknik tayang perut


ni la wife aku



ni latest model mister potato




ni tgh nak buat hal la tu... tgk muka pun dah tau!!!

























Tuesday, September 9, 2008

Monday, September 8, 2008

Buka Puasa Kat Menara Alor Star




Aku ikut asben aku Sabtu lepas outstation pi Sg. Petani. So ambik kesempatan buka puasa kat Menara Alor Star. Memang cantik pemandangan dari atas. Makan pun sedap. Malam tu balik Sg. Petani ikut jalan dalam lalu Yan. Air tengah naik. Jalan penuh air. Nasib baik kami balik awal. Esoknya dalam berita ada orang meninggal lemas dalam banjir tu.

Sambut Merdeka Kat K.Kinabalu






Aku pi K.Kinabalu 28/8/08 hari tu. Aku suka pi KK dari Kuching. Sebab kat sini banyak jual mutiara dan batu kristal. Pasar ni depan hotel je. Murah-murah je. Sesiapa yang pi sana cari la kedai Pak Lah Pasir Mas. Gerenti dia bagi murah.

Friday, September 5, 2008

harun din

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz


> Nauzubillah.
>
>
> Tolong sebarkan kawan2 ku.....
>
>
> Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
>
>
> Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu....
> Antara
>
> yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi
> dan
>
> sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
>
> persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu
> serta
> pembinaannya adalah haram....
>
> ciri-cirinya menyerupai berhala....dan melawatnya juga adalah haram..
> "
>
> Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan
>
> undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
>
> Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka
>
> disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang..
> .
> Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak
> atasan
>
> telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah
> fatwa
>
> sahaja... tiada tindakan undang2
>
> yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini
> boleh
>
> mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar
>
> langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya
>
> tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik
> maka
>
> Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... "
>
> walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau
> tidak
>
> melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan
>
> mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."
> Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik
> ini
>
> ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut
> kamus
> dewan...
>
> indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud
> tempat di
>
> mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat
> tuhan
>
> hindu bersemayam.. "
> Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik....
>
> Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
>
> Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan
>
> bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia
>
> bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam
> perlembagaan
>
> termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.
>
> Kata beliau seterusnya.. ..
>
> Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
>
> 1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
> membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
>
> 2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
>
> 3. Mereka yang berdiam diri.
>
> 4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
>
> HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Thursday, September 4, 2008

UKM Konvo



Nieh masa konvokesyen kat UKM 11 Aug 2008

Abg ipar aku dpt degree - Law...

teringat masa aku konvo dulu2 so sempat berposing ler ngan background org2 lain