'LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID,' KATA ABAH SEPARUHMEMERINTAH.
AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKUIKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.
NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPASKENYANG BERSAHUR.
AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJIDBERADA DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID.
AJAIB.ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU.
AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKANKE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIRAKU.
AKU SEPERTI TERPEGUN..'KENAPA?' TANYA ABAH. ABAH SEPERTI TAK BEGITU PERASAN...'
ADAKAH INI TANDA-TANDA LAILATUL QADAR,' KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.
'MENAKJUBKAN'.....
AKU KAGET KEHAIRANAN..............'
KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?' TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.'
DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TUKUBAH TU DIAORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH ' SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.
KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGANMELAWAN.
KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKUCUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.
No comments:
Post a Comment