Saturday, May 17, 2008

sambungan 1.2

Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
21
Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian.
Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan
dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian
daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan
manusia.
3.0 IFRIT
Ifrit ialah nama bagi segolongan jin kafir yang di antara mereka diberi kekuatan dan
kepintaran oleh Allah s.w.t. yang ampunya hati busuk terhadap manusia.
Dalam peristiwa antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, termaktub dalam al-Quran
tentang kisah burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi Sulaiman tentang
adanya seorang raja perempuan di negeri Saba', yang terletak di selatan
semenanjung Arab. Dalam Surah an-Nahl ayat 34 diceritakan tentang kesuburan
tanah Saba' yang dapat mengeluarkan hasil bumi berlipat ganda. Ratu Saba' yang
bernama Balqis mempunyai singahsana yang diperbuat daripada emas,
bertatahkan ratna mutu maknikam dan batu permata yang mahal-mahal. Dikatakan
bahawa nama ayahnya ialah Shurahil, ibunya daripada bangsa jin bukan manusia.
Menurut Ath-Tha'labi dan al-Hafiz Ibn Kathir, bapa Ratu Balqis adalah raja besar. la
enggan berkahwin dengan seorang perempuan Yaman. la telah jatuh cinta dengan
seorang perempuan jin namanya Rayhanah binti As-Sakn dan melahirkan Ratu
Balqis. Nama yang dipilih oleh ibunya untuk Ratu Balqis ialah Talqamah.
Setengah pendapat mengatakan Balqamah.
Burung Hud-hud telah memberitahu Nabi Sulaiman bahawa Ratu Balqis dan
kaumnya sujud kepada matahari (an-Naml ayat 24). Diterangkan juga bahawa
biarpun kepercayaan mereka kepada Allah itu ada, namun yang mereka utama
ialah penyembahan terhadap matahari. Syaitan telah memesongkan kepercayaan
mereka. Mereka telah dipujuk-pujuk, dirayu oleh iblis dan syaitan hingga mereka
terpedaya. Mereka merasakan bahawa amalan dan kepercayaan yang mereka
lakukan itu adalah amalan yang baik dan benar.
Mendengarkan berita Hud-hud itu, Nabi Sulaiman telah berjanii akan menyelidiki
kebenaran kata-kata tersebut. Setelah itu Nabi Sulaiman telah memerintahkan
Hud-hud menghantar surat kepada Ratu Balqis. Baginda telah memanggil
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
22
pembesar-pembesarnya apabila menerima surat yang menyuruhnya tunduk dan
tidak membesarkan diri itu. Ratu Balqis mengatakan bahawa surat tersebut adalah
surat mulia dari seorang raja yang besar lagi perkasa, yang memakai nama Allah
yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Para pembesar sepakat menjawab
bahawa mereka mempunyai kelengkapan yang kuat dan cukup namun demikian
segala keputusan terletak pada ratu sendiri.
Ratu Balqis telah mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada Nabi
Sulaiman (an-Naml ayat 35), kerana menurut kebiasaannya hadiah itu boleh
mempengaruhi keputusan seseorang. Menurut tafsir Ibn Abbas, Ratu Balqis
berkata kepada para pembesarnya kalau hadiah itu diterima ini menunjukkan
bahawa Nabi Sulaiman itu hanya seorang raja dan perlu diperangi. Jika hadiah itu
ditolak ini menunjukkan bahawa ia adalah seorang yang perlu diikuti. Nabi
Sulaiman telah menolak hadiah tersebut dan mengancam akan memerangi Ratu
Balqis.
Setelah utusannya kembali semula ke Saba', Ratu Balqis merasakan bahawa
kerajaannya tidak berupaya hendak melawan Nabi Sulaiman. Tidak ada faedahnya
kalau ia bersikap membesarkan diri. Kemudian baginda memerintahkan utusan itu
kembali semula mengadap Nabi Sulaiman dengan berita ia akan segera datang
bersama raja-raja dalam negerinya untuk mendapatkan keterangan yang lebih
lanjut tentang agama yang diperkatakannya itu.
Setelah itu baginda pun memerintahkan pengawal-pengawal istana mengemas
singahsana yang diperbuat daripada emas padu bertatahkan maknikam, batu
zamrud, zabarzad dan mutiara itu untuk disimpan dalam sebuah peti besar tujuh
lapis dan disuruh kunci serta dipelihara dengan baik agar tidak ada yang mendekati
duduk di atasnya atau melihatnya sehingga ia kembali dari menemui Nabi
Sulaiman. Kemudian baginda pun keluar menuju ke Sham bersama-sama
rombongannya.
Semasa Ratu Balqis dalam perjalanan menuju ke istana Nabi Sulaiman, dalam
masa yang sama, Nabi Sulaiman telah memerintahkan jin-jin melaporkan
perjalanan tersebut. Setelah beberapa hari sahaja lagi rombpngan itu akan tiba ke
istana Nabi Sulaiman, baginda telah bertanya kepada orang-orang besarnya jika
ada di antara mereka yang boleh membawa singgahsana Ratu Balqis ke tempat
Nabi Sulaiman sebelum ia datang menyerah diri menerima agama yang
didakwahkan. Mendengarkan pertanyaan tersebut salah satu ifrit telah berjanji
bahawa ia akan membawa singahsana Ratu Balqist sebelum Nabi Sulaiman berdiri
dari tempat duduknya. Ifrit berjanii dengan mengatakan bahawa yang dikatakan itu
adalah benar. Singahsana tersebut tidak akan rosak, tidak akan terdapat cacat
cela barang sedikit pun terhadap singahsana tersebut biarpun antara Palastin dan
Saba itu jaraknya beratus-ratus batu seperti yang tersebut dalam al-Quran, Surah
an-Naml ayat 38 & 39.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
23
(Nabi Sulaiman) berkata, wahai orang-orang besar, siapakah di antara kamu
yang akan membawakan singahsahanya sebelum dia datang kepadaku
dalam keadaan berserah diri. Berkata ifrit (yang cerdik) daripada bangsa jin,
aku akan datangkan kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat
dudukmu, dan sesungguhnya aku berupaya dan boleh dipercayai untuk
melakukan demikian.
Mendengarkan janji ifrit sedemikian rupa, seorang lelaki alim ahli kitab bernama
Asif bin Burkhya, yang dikatakan sebagai setiausaha peribadi Nabi Sulaiman telah
sanggup mendatangkan singahsana tersebut sebelum mata Nabi Sulaiman
berkelip. Kesanggupan ini termaktub dalam Surah an-Naml ayat 40:
Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab, Aku akan datangkan
singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip. Maka setelah
dilihatnya singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: Ini adalah
kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari
(alam nikmatnya). Dan barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya
ia bersyukur untuk dirinya dan barang siapa yang ingkar, maka
sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Lagi Maha Mulia.
Terdapat berbagai-bagai riwayat tentang lelaki ahli al-Kitab yang sanggup
membawa singahsana Ratu Balqis dalam sekelip mata yang mencabar keupayaan
ifrit tadi. Selain nama Asif tadi, ada riwayat mengatakan bahawa orang tadi ialah
Nabi Hidir, manakala riwayat lain pula mengatakan bahawa orang itu sebenarnya
ialah Nabi Sulaiman sendiri.
Biar apa perbezaan riwayat mengenainya, maksud sebenar yang perlu difahami di
sini ialah ifrit yang tersebut dalam al-Quran ini adalah daripada jenis jin yang bijak
dan mempunyai keupayaan luar biasa, yang umumnya kebijaksanaan seperti ini
tidak dapat ditandingi atau dilakukan oleh manusia biasa. Namun demikian
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
24
berdasarkan peristiwa tersebut ternyata bahawa manusia yang berilmu itu lebih
bijak dan berupaya mengalahkan kekuatan ifrit yang begitu perkasa dan bijaksana.
Jelasnya bahawa ifrit adalah daripada golongan jin. Di antara mereka ada yang
bijak dan tidak bijak. Namun demikian, umumya tabiat ifrit adalah untuk
merosakkan manusia. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
ifrit pernah datang untuk menggoda supaya Rasulullah terputus daripada
mengerjakan sembahyangnya:
Sesungguhnya ada satu ifrit daripada golongan jin mencuba ke atasku (lalu
melintas di hadapanku) malam tadi untuk mengoda agar sembahyangku
putus.
4.0 IBLIS
Terdapat banyak pendapat yang berbeza-beza tentang iblis sama ada berasal
daripada jin atau malaikat. Ada riwayat yang mengatakan bahawa iblis itu asalnya
daripada golongan malaikat dan apabila ia engkarkan Allah, Allah telah
melaknatnya dan dihukumkan kafir Ialu menjadi iblis. i
Menurut pendapat yang lain iblis itu adalah daripada golongan malaikat yang
dinamakan al-jinn, yang dijadikan daripada api yang sangat panas. Manakala
malaikat itu dijadikan daripada cahaya. Namanya menurut bahasa Siryaniyyah
ialah Azazil. Dalam bahasa Arab namanya ialah al-Harith (penjaga). Dinamakan
al-Harith kerana iblis itu asalnya adalah penjaga syurga dan ketua Iangit dunia
yang berkuasa di bumi dan di syurga. Iblis asalnya daripada malaikat yang paling
patuh, rajin dan banyak ilmu serta berkuasa di antara langit dan bumi.
Kedudukannya yang begitu mulia telah menyebabkannya takabur Ialu engkarkan
perintah Allah seperti yang tersebut dalam al-Quran yang akhirnya menjadi iblis.
Menurut Ibn Mas'ud, iblis itu merupakan satu kabilah daripada kalangan malaikat
yang dipanggil jinn. Dinamakan jinn, nisbah kepada syurga (al-jannah) kerana ia
adalah penjaga syurga.
Menurut satu pendapat lain, jin adalah makhluk yang telah mendiami bumi. Pada
satu ketika terjadilah pembunuhan antara mereka menyebabkan perbuatanperbuatan
jahat begitu meluas.
Allah s.w.t. telah mengutus malaikat yang dikepalai oleh iblis memerangi mereka.
Ketika itu iblis adalah penjaga syurga. Bila ia berjaya menghapuskan jin, ia merasa
bangga diri dan berkata dalam hatinya:
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
25
Sesungguhnya aku telah melakukan sesuatu yang tiada seorang pun boleh
melakukannya. Allah tidak menugaskan daku dengan urusan ini kecuali
kerana keistimewaanku ke atas seluruh malaikat.
Iblis tidak memberitahu perkara yang terlintas dalam hatinya kepada sebarang
malaikat. Tetapi Allah amat mengetahui apakah yang ada dalam hatinya. Inilah
yang dikatakan oleh Allah kepada para malaikat, seperti yang termaktub dalam
Surah al-Baqarah ayat 30:
Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang kamu semua tidak tahu.
Ayat ini bermaksud bahawasanya Allah s.w.t. mengetahui perkara atau maksud
yang terlintas dalam diri iblis, iaitu rasa tinggi diri dan tekad tidak mahu sujud
kepada Nabi Adam iaitu sujud kerana memuliakan ciptaan Allah. Sejak kejadian
itu, jadilah iblis dan keturunannya musuh ketat bagi Adam dan keturunannya hingga
hari kiamat. Tersebut dalam Tafsfr Fi-ZilaliI-Quran dalam tafsiran ayat 34 surah
al-Baqarah;
dinyatakan bahawa iblis bukan daripada jenis malaikat, tetapi ketika kejadian itu
berlaku iblis berada di kalangan malaikat. Andainya iblis itu daripada jenis malaikat
nescaya iblis tidak engkarkan perintah Allah. Sifat malaikat yang utama ialah tidak
melakukan maksiat atau engkarkan Allah. Malaikat sentiasa melakukan segala
yang diperintahkan seperti firman Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
Mereka tidak mengingkari Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada
mereka dan melakukan apa yang disuruh.
Iblis adalah dari golongan jin menurut nas al-Quran, yang dijadikan daripada api
yang panas. Keterangan ini dapat menolak pendapat yang mengatakan bahawa
iblis itu daripada golongan malaikat.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
26
Dengan keterangan ini jelas menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan iblis
itu daripada keturunan jin, bukan daripada malaikat adalah lebih meyakinkan.
Kenyataan tersebut dapat dibuktikan sebagaimana berikut:
i. Berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Kahfi ayat 50:
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu
kepada Adam. Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada
golongan jin, maka dia menderhaka perintah Tuhannya.
ii. Berdasarkan kata-kata iblis sendiri kepada Allah s.w.t. tentang asal usul
kejadiannya yang dianggap lebih mulia daripada kejadian anak Adam, seperti yang
tersebut dalam Surah al-A'raf ayat 12:
Ia berkata, aku lebih mulia daripadanya, Engkau jadikan daku daripada api
dan Kau jadikan dia daripada tanah.
iii. Sifat malaikat seperti yang termaktub dalam al-Quran adalah sentiasa taat
kepada perintah Allah seperti yang tersebut dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
iv. Asal kejadian kedua-duanya berlainan. Malaikat dijadikan daripada cahaya
manakala iblis dijadikan daripada api yang sangat panas.
vi. Iblis beranak pinak. Hal ini tidak terjadi pada kalangan malaikat.
Dalam kitab al-Jinn WaI-Afirit karangan Muhammad Kamil Hasan al-Muhami
disebutkan bahawa kebanyakan ahli tafsir dan para cendiakawan Arab mengatakan
bahawa iblis adalah bapa jin. Manakala ulamak Masihi dan Yahudi menyangkal
pendapat ini. Kalau iblis itu bapa jin, pastinya ia mempunyai isteri. Tentang isteri
jin ini tidak ada tersebut dalam mana-mana sumber. Dalam al-Quran, Surah al-
Kahfi ayat 50 ada menyebutkan tentang zuriat iblis tetapi tidak menyebut tentang
isteri iblis:
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
27
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu
kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia. adalah dari
golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu
mengambil dia dan turun temurunnya sebagai pemimpin selain daripadaku,
sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai
pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.
5.0 SYAITAN
Syaitan adalah golongan jin yang menderhaka, sombong, pengacau dan fasik.
Allah s.w.t. telah memberi amaran kepada orang yang beriman supaya tidak
mengikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu sentiasa menggoda dan
menyuruh manusia supaya melakukan kejahatan, seperti yang jelas tersebut dalam
Surah an-Nur ayat 21:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkahlangkah
syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan,
maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji
dan yang mungkar.
Dari awal lagi Allah s.w.t. telah memberi peringatan kepada manusia bahawa
syaitan itu adalah musuh. Oleh sebab itu manusia mesti menganggapnya sebagai
musuh. Dalam Surah Faatir ayat 6 Allah berfirman:
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh,
kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya
menjadi penghuni api yang menyala.
Dalam Surah al-An'am ayat 112 & 113, perkataan syaitan juga dirujuk kepada
manusia yang bersifat atau kelakuannya seperti syaitan.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
28

No comments: