salam ...
MAKHLUK HALUS
MENURUT
AL-QURAN DAN
AS-SUNNAH
oleh:
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Darussyifa'
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
2
MAKHLUK HALUS MENURUT
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Isi Kandungan
1.0 PENDAHULUAN ................................................................................................ 3
2.0 QARIN .............................................................................................................. 14
3.0 IFRIT................................................................................................................. 21
4.0 IBLIS................................................................................................................. 24
5.0 SYAITAN .......................................................................................................... 27
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
3
1.0 PENDAHULUAN
Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang
dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat
oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib
Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang
sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api
iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal
yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah
s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:
AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka
yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka.
Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:
i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan
tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia
yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta
makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya
begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda
keagungan Allah s.w.t.
ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak
nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan
manusia.
iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat
menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana
dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.
iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan
diketahui.
v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang
yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan
Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
4
Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu
kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada
malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhlukmakhluk
selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan
penerangan khusus mengenainya.
Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang
sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia,
iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah
s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t.
iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang
merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A'raf:11). Oleh sebab itu
Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini
dinamakan Sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada
Allah s.w.t. tidak kepada yang lain.
Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah
s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan
perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap
penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A'raaf ayat 16 dan 17:
(Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar
akan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akan
datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka.
Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur.
Dalam perkataan diatas, menurut tatabahasa bahasa Arab, huruf ba di sini
menunjukkan Al-ba 'u lil-qasam ( )iaitu menunjukkan sumpah. Bermaksud
bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah bahawa ia akan menghalang
hamba manusia daripada melakukan kebaikan.
Ada pendapat Iain yang mengatakan huruf ba di sini ialah lis-sababiyyah ( ),
menunjukkan sebab. Maksudnya oleh sebab syaitan itu dilaknat dan dihukumkan
kafir oleh Allah s.w.t. berpunca daripada Adam, maka iblis bersumpah akan
membalas dendam terhadap diri Adam dan keturunannya supaya mereka semua
sesat, terlaknat dan terpesong daripada jalan yang diredhai Allah s.w.t. dan neraka
bersama iblis.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
5
Dalam ayat ini, Iblis bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke jalan
yang diredhai Allah s.w.t. sehingga mereka semua binasa atau sesat seperti dirinya
juga. Iblis jarang menyekat perbuatan baik seseorang itu namun apabila ia telah
tiba di peringkat akhir atau di penghujung jalan dalam usahanya untuk memperolehi
keredhaan Allah s.w.t. Iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluransaluran
yang membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai
Allah s.w.t.
Iblis bukan setakat menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk
apabila seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang, tetapi iblis akan
sentiasa menghalang supaya seseorang itu tidak bangun untuk bersembahyang.
Jika seseorang itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan
merasakan bahawa tidur itu lebih baik baginya. Apabila langkah tersebut tidak
berjaya iblis dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia ketika ia mengambil
wuduk. Apabila ia juga tidak berjaya dan manusia terus bangun bersembahyang,
maka iblis dan kuncu-kuncunya akan mengganggu manusia ketika ia
bersembahyang. Dengan hal yang demikian mungkin menyebabkan seseorang itu
tidak khusyuk semasa bersembahyang. Akibatnya sembahyang yang dilakukannya
itu tidak dapat membentuk peribadi yang baik dan tidak berupaya menghindarkan
dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan mungkar.
Ayat seterusnya pula memperlihatkan setakat mana jalan-jalan itu disekat oleh iblis.
Ayat di atas bermaksud bahawa iblis menyekat manusia daripada melakukan
perkara-perkara yang diredhai Allah s.w.t. dari empat sudut iaitu dari depan,
belakang, kanan dan kiri, tanpa menyebut atas dan bawah. Iblis tidak menyebut
yang ia akan menyekat bahagian atas kerana ia tidak berupaya berbuat demikian.
Bahagian ini adalah tempat di antara seorang hamba dan rahmat Allah s.w.t.
seperti yang disebut oleh Ibn Abbas. Bahagian bawah tidak disebut kerana sifat
takabur iblis yang tidak mahu tunduk menyekat dari bahagian bawah. Tindakan iblis
dan kuncu-kuncunya lebih berkesan dari bahagian depan dan belakang dan kurang
berkesan dari bahagian kanan dan kiri kerana bahagian-bahagian ini dipelihara
oleh malaikat.
Tegasnya peranan syaitan ialah menyesatkan manusia sejauh yang boleh (an-
Nisa':60). Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berwaspada dan memahami
bahawa makhluk-makhluk ini adalah musuh utama manusia, yang telah bersumpah
di hadapan Allah s.w.t. untuk membawa mereka semua ke neraka bersamasamanya,
seperti yang tersebut dalam Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169:
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
6
Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya
syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la merupakan
salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan
adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api. Adam pula dijadikan
daripada tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan manusia supaya taat kepada
perintah Allah s.w.t. Mereka dikenakan taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka
dihisab dan diberi balasan. Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan
jin kafir. Termasuk dalam golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya.
Dalam al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat
dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang
lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan
sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11:
Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara
kami ada pula yang tidak demikian. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza.
Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya makhluk-makhluk jin yang beriman
kepada Allah s.w.t. sesudah kebangkitan nabi Muhammad seperti yang tersebut
dalam Surah al-Jinn ayat 13:
Dan sesungguhnya kami ketika mendengar pertunjuk (al-Quran), kami
beriman kepadanya. Maka barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia
tidak takut pengurangan pahala dan tidak takut akan penambahan azab.
Pada satu, ketika ada satu golongan jin yang mendengar Rasulullah s.a.w.
membaca al-Quran, padahal baginda sendiri tidak mengetahui kehadiran mereka.
Peristiwa ini termaktub dalam al-Quran, Surah al-Ahqaaf ayat 29:
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
7
Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang
mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka hadir, mereka berkata
diamlah kamu. Maka tatakala selesai, mereka pun kembali kepada kaum
mereka untuk memberi peringatan.
Ayat ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. telah mendatangkan sekumpulan jin
kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar al-Quran. Ketika mereka mendengar,
sebahagian daripada mereka memperingatkan teman-teman yang lain supaya diam
dan mendengar al-Quran tadi. Setelah itu mereka pun balik menemui kaum
mereka yang belum beriman supaya beriman kepada Allah s.w.t.
Jelasnya bahawa manusia dan jin itu dicipta oleh Allah s.w.t. untuk menyembahnya
Mereka diberi akal fikiran dan ikhtiar. Perbuatan baik dan jahat mereka dihisab
seperti yang dijelaskan dalam Surah al-A'raf ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa banyak
daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak
mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak
mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak
mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang
ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.
Ayat ini menyatakan bahawa manusia dan jin itu diberi hati (fikiran), mata dan
telinga oleh Allah s.w.t. menurut naluri asal kejadian masing-masing. Walaupun
demikian banyak di antara mereka yang tidak menggunakan pemberian Allah.
s.w.t. itu sebagaimana seharusnya. Mereka tidak menggunakan pemberian Allah
s.w.t. untuk jalan yang benar demi untuk pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Sikap
demikian itu menyebabkan mereka seperti binatang yang tidak dapat membezakan
antara yang baik dan buruk. Ditinjau dari sudut lain, mereka sebenarnya sesat
begitu jauh, lebih teruk daripada binatang kerana binatang tidak mempunyai akal
dan ikhtiar.
Allah s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi kebaikan
manusia dan jin di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. amat kaya dan tidak mengambil
manfaat daripada sifat taabbudi seseorang hambanya seperti yang tersebut dalam
Surah adz-Dzaariyyat ayat 56 dan 57:
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
8
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku. Aku tidak
mahu daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak perlukan mereka
memberi makan.
Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan
unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan
salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t.
memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah
melihatkan Makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza
dengan jasad manusia.
Seperti yang dijelaskan bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk
menyesatkan manusia. Dalam keadaan demikian, kita seharusnya memahami
bahawa manusia adalah pihak yang sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala
makhluk-makhluk halus itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif
(menyerang) yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang
dilakukan oleh manusia secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian atau
berkelompok yang bertujuan untuk membinasakan sebarang makhluk halus kecuali
dalam keadaan tertentu, setelah manusia diganggu oleh makhluk-makhluk halus
tadi. Tindakan manusia seperti ini sebenarnya bukan bersifat ofensif. Mereka
berbuat demikian semata-mata kerana mengharapkan kesembuhan akibat
kejahatan makhluk-makhluk halus tadi. Dari sinilah kita akan dapat melihat
kedudukan manusia yang sebenarnya, sering terdedah kepada godaan musuhmusuh
Allah s.w.t.
Iblis telah mengakui dan menyedari bahawa ia tidak berupaya hendak
membinasakan orang yang ikhlas. Namun demikian, sifat ikhlas itu tidak boleh
diperoleh oleh semua orang dengan begitu mudah. Sifat ikhlas merupakan satu
natijah daripada gagasan rangkaian iman yang wujud pada diri seseorang. Oleh
sebab itu, tidak pelik jika iblis itu tidak dapat menggoda orang yang ikhlas. Bagi
mereka yang tidak beriman, iblis dan syaitan adalah pemimpin mereka, tidak kira
sama ada iblis dan syaitan itu bersifat manusia ataupun daripada kalangan
makhluk-makhluk halus.
Dalam Surah al-A'raaf ayat 27 Allah berfirman:
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
9
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Ia
menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada
keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat
kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat mereka. Sesungguhnya
kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi mereka
yang tidak beriman.
Jelasnya bahawa makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang
tidak ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la juga
boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan
udara, air dan sebagainya.
Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan
izin Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa
sekatan. Pada satu ketika isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Safiyyah
menziarahi baginda yang sedang beriktikaf di masjid. Ketika Safiyyah hendak
meninggalkan masjid baginda telah mengiringinya sampai ke pintu masjid. Pada
waktu yang sama datang dua orang lelaki daripada golongan Ansar Ialu memberi
salam. Rasulullah menjawab salam tadi dan berkata: "Sila kamu berdua masuk.
Dia ini ialah Safiyyah bin Hay". Mendengar kata Rasulullah, mereka berdua pun
mengucap "Subhanallah" . Kemudian Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya syaitan itu memasuki tubuh manusia menurut aliran darah.
Dan sesungguhnya aku takut syaitan itu akan mencampakkan sesuatu
dalam hati kamu berdua.
Peristiwa di atas terjadi pada bulan Ramadan. Mengirut kebiasaannya Rasulullah
s.a.w. sejak 21 hingga akhir bulan Ramadan akan berada di masiid siang dan
malam untuk beriktikaf. Pada satu malam Safiyyah berkunjung ke masjid kerana
sesuatu keperluan. Ketika pulang baginda menghantarnya hingga ke pintu masjid.
Dua orang Sahabat yang datang itu berlalu dengan cepat menyingkir diri setelah
melihat Rasulullah s.a.w. bersama seorang wanita, yang dirasakan mungkin bukan
mahramnya. Pada fikiran Sahabat tadi, dengan berbuat demikian, Rasulullah
s.a.w. tidak akan merasa malu bila berjumpa dengan mereka. Oleh sebab itu
Rasulullah s.a.w. menerangkan keadaan yang sebenar, menyatakan perempuan
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
10
bersambung ......
No comments:
Post a Comment