PEDULI APA KALAU YAHUDI BIJAK?
1. saya ada terbaca beberapa entry yang lalu xxxxx mendapat komen dari seseorang yang memberikan maklumat tentang amalan-amalan Yahudi yang kononnya menjadi sebab kenapa bangsa Yahudi begitu bijak.
2. Amat menyedihkan apabila orang-orang kita begitu terpesona dengan maklumat tersebut sehingga ramailah yang berlumba-lumba meng`copy' dan `paste' maklumat tersebut dan disebarkan ke emel rakan-rakan muslim untuk dikongsi.
3. Persoalannya, kenapa begitu terpesona? Kenapa ghairah dengan maklumat itu? Adakah kerana ingin bijak seperti yahudi?
4. Kita semua tahu betapa angkuhnya sifat yahudi, tetapi masih begitu mudah kita terpedaya? Adakah timbul dalam hati kita keinginan untuk menjadikan anak-anak kita pandai maka kita sekarang ingin mencuba resipi kebijaksaan Yahudi?
5. tuan-tuan dan puan-puan, bacalah al-qur`an, kajilah hadith. Tuan-tuan dan puan-puan akan dapati begitu banyak amalan-amalan baik dalam kedua-duanya yang sangat wajar jadi ikutan.
6. Kalimah Laa ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah adalah kalimah iman dan kalimah amal. Bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah : Meyakini bahawa hanya Allah yang Maha berkuasa, semua makhluk adalah fana di sisiNya, dan Bahawasanya Hanya dengan Cara hidup, amalan dan pemikiran Baginda Rasulullah SAW sahajalah yang menjanjikan kejayaan untuk kita didunia dan akhirat.
7. Bagi seorang Muslim, jika ada walau sekelumit dalam hati kita was-was terhadap Allah SWT, maka bimbang sungguh kalau-kalau gugr syahadah kita.
8. Dan jika walau sedikit pun dalam hati kita terdetik bahawa cara Baginda Rasulullah SAW adalah tidak sebaik cara orang lain, maka bimbang sunguh-sunguh membimbangkan, takut jatuh juga akidah kita kerana Baginda adalah Rasul pilihan, insan pilihan, manusia maksum kekasih ALlah SWT- wajarkah diragui tentang Baginda?
9. Saya bangkitkan hal ini bukan kerana apa-apa, hanya hati menjadi sayu dan timbul juga rasa hiba melihat keadaan sekarang apabila ramai yang terpesona dengan artikel Yahudi bijak.
10. Rasulullah SAW tak bijak kah? Adakah kita tahu, Baginda anjurkan makan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan yang lebih berat? baginda anjurkan makan buah kurma ketika berbuka? Baginda suka minum susu, Baginda larang makan dan minum sambil berdiri, Baginda anjurkan makan dan minum dengan tangan kanan, Baginda makan dalam keadaan berjemaah, dan banyak lagi adab makan Baginda SAW, tetapi kita tahukah? dan yang lebih penting, kita amal atau tidak sunnah Baginda itu?
11. Masalah kita ialah kita tak tahu, dan kalau tahu pun, banyak yang kita tak amal. Kenapa?
12. Adakah kita nak tunggu ada kajian-kajian dan penemuan-penemuan sains yang membuktikan kelebihan makan dan minum dengan tangan kanan baru kita nak amalkan cara itu? Adakah kita nak tunggu ada penemuan-penemuan tentang makan dan minum sambil duduk baru kita nak berhenti makan dn minum sambil berdiri?
13. Betapa sejak sekian lama kita dimomokkan dengan etika di meja makan yang mengajar kita suap makan dengan garfu yang dipegang dengan tangan kiri. Betapa kita sejak sekian lama di ajar makan secara 'cocktail' yang gah dihias dengan berbagai hiasan sedang makan dan minumnya dibuat sambil berdiri dan berjalan-jalan : Walk and mix around : talk to other guests while eating with a small plate or a cup of tea in your hand...Mix business with pleasure!!
14. Begitulah bijaknya yahudi dan Nasrani, sedikit demi sedikit kita diajak mengikut cara hidup mereka, sehingga akhirnya apakah yang membezakan kita dengan mereka? Hilang luputlah amalan sunnah nabi SAW dan apabila diberitahu bahawa Nabi SAW makan dan minum sambil duduk, akan tersenyum sinislah puak-puak yang sudah terpesona dengan cara yahudi dan Nasrani ini. Sunnah Nabi dilabelkan kolot. Betapa kita mudah terpedaya.-Sudah pastilah sunnah Nabi SAW bukan setakat dalam makan dan minum sahaja tetapi ini hanya sebagai satu contoh.
15. Umat Islam sangat apologetic tentang keimanan mereka, dan umat Islam sekarang begitu embarrassed untuk menghidupkan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan mereka. Maklumlah, Nabi seorang yang humble walau pun Baginda sebenarnya pembawa rahmat untuk seluruh alam. Sifat humble Nabi SAW amat menyentuh jiwa dan akhlak mulia Nabi SAW begitu mempesonakan sehingga jika dibaca sirah Baginda, berapa ramai yahudi yang memeluk Islam hanya berkat hidayat yang turun melalui akhlak mulia Baginda.
16. Akhir kalam, umat Islam sekarang ramai bak buih di lautan, tetapi kita lemah kerana tidak bersatu. Bagaimana hendak bersatu? Apabila kita hidupkan kembali Sunnah Baginda SAW dalam kehidupan kita. Maka, walau di mana atas bumi ini kita berada, walau siapa bangsa kita, Cara hidup kita akan serupa, Percakapan kita akan berkisar kepada perkara yang serupa, bermaksud serupa, buah fikiran akan serupa. Dan pada masa itu akan datanglah kekuatan kepada diri-diri kita sepertimana datang kekuatan dalam diri-diri para sahabat nabi radhiyallahu anhuma yang sangat sayangkan baginda dan menuruti jejak Baginda dengan bersungguh-sungguh.
17. Kepada rakan-rakan pembaca sekelian, ayuh!!! Kenalilah Baginda Rsulullah SAW, cara hidup Baginda, penampilan Baginda dan fikiran Baginda dan hidupkanlah sunnah Baginda SAW dalam kehidupan kita. Pasti dan Pasti Kejayaan Dunia dan akhirat menjadi milik kita!
18. tak percaya? Cubalah dulu!!!
19. XXX, good entry as always. As the saying goes, you can take a horse to the stream, but you can't force it to drink.
20. Jaga diri Jaga solat . I am not being apologetic here but just being polite, so I will end my comments this time round by saying, sorry to take up much space. What to say, I was smarting by the fifth email I got telling me why the Jews are so smart. I dont give a hoot why they are smart.
21. Al-KHawarizmi, Ibn Sina, Al-Farabi, Al- Kindi all are geniuses and Muslims. Care to study how they became smart anyone?
as insignificant as always
No comments:
Post a Comment