Thursday, October 16, 2008

Renungan Bersama

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah sebenar-benar taqwa; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. - Ali Imran: 102


YANG BIASA DAN YANG LUAR BIASA

1. SOLAT

Yang Biasa
Ramai dari kita yang solat. Yang biasa, kita solat apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, solat kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih Better late than never menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tidak rasa hamba.

Luar Biasa
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk solat. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar solat. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2. SEDEkAH

Yang Biasa
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.

Luar Biasa
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Tuhan.

3. BERJAGA MALAM

Yang Biasa
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luar Biasa
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4. KERJA

Yang Biasa
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luar Biasa
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.7




Pemegang rekod dunia “Guinness World Of Record” adalah manusia yang luar biasa. Seseorang yang ingin meletakkan namanya di dalam “Guinness World Of Record” haruslah mempunyai kebolehan, kemampuan, sikap, perangai, keyakinan, keazaman, pengetahuan yang luar biasa. Pemimpin-pemimpin yang hebat juga adalah manusia yang luar biasa. Seorang penulis barat (saya lupa namanya) membariskan 100 pemimpin yang luar biasa didunia meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia pertama pemimpin yang luar biasa.

Sahabat semua, Penghuni-penghuni syurga adalah “manusia yang luar biasa”. Penghuni-penghuni neraka juga adalah “manusia yang luar biasa”. Marilah kita menjadi manusia luarbiasa yang menghuni syurga Allah yang kekal lagi abadi....


Maaf Zahir Batin...

No comments: